AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Selasa, Mei 26, 2009

nak bebel kejap ..


kalo2 sape2 yang dah ikut blog ni dr awai, mesti dah tahu byk pasai diri aku kannn .. kowg tentu sedia maklum bahawa aku 'masih jelas' dengan kenangan2 bersama arwah hubby walaupun usia perkahwinan kami sgt singkat .. Susahkan nak tutup buku lama dan buka buku baru ..

Jelasnya, aku xpenah mempunyai pengalaman pahit semasa hidup berumahtangga .. Mungkin sifat kontra antara kami yang memyebabkan kehidupan itu jadi seimbang .. Mungkin juga tempoh yang singkat belum masanya untuk menguji sesebuah perkahwinan itu .. Wallahualam ..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui ..

Maka, aku bukanlah orang yang sesuai untuk memberi pendapat bersandarkan pengalaman hidup .. aku mula terasa peritnya hidup ini bila dia pegi selama-lamanya .. kadang2 aku terbawa2 emosi itu tatkala keseorangan mlayan perasaan .. Hanya orang yang pernah merasai kehilangan, akan mengerti apa yang aku rasa ..

Justeru, aku sgt sedih bila ada kawan2 baik yang sgt bahagia pada awal perkahwinan, berkahwin atas dasar cinta, tiba2 diuji dengan pelbagai dugaan ... perkahwinan akan musnah kalau mereka mengalah dengan mudah .. kenapa yea lelaki yang bergelar suami tiba2 kehilangan arah?

ada beberapa kali juga, kawan2 menyuarakan pendapat ini .. 'lebih baik berpisah mati daripada bercerai hidup .. sekurang2nya kita xperlu menyumpah dia seumur hidup kita ..'

kita sudah semestinya akan terpikir begini ..
'kenapa pula seorang perempuan itu sanggup mengizinkan hatinya menerima cinta lelaki milik orang lain? .. xkesiankah dia pada pasangan lelaki itu? ..

tapi bukankah kata orang tua2 ..

tepuk sebelah tangan xberbunyi, kann ?
(tapi, kalu tepuk ikut stail ahli Dewan Rakyat mmg bunyi laa ..)


tepuk dada, tnye laa aiman ..
v
v
v
aiman xkisah ..




ntah laa .. sukar nak tundingkan kesalahan kepada sesiapa sebab setiap orang ada alasan dia yang tersendiri .. semua orang ingin pertahankan perasaan masing2 ..

aku xmampu berkata apa ..
skadar pendengar, ku kira hanya itu yang korang perlukann sekarang ...
berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ..

Tiada ulasan: