AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Khamis, Mei 07, 2009

KATA2 DARI SESEORG

Dunia ni kelakar kan.

Orang yang kita nak, tak nak kat kita.
Orang yang kita tak berapa nak pulak yang beria-ia.

Kadang-kadang aku rasa dunia ni tak adil. Tak adil pada aku. Aku tak punya banyak pilihan. Apa yang dibentangkan depan aku, itulah yang aku ambil. Suka atau tidak, itu belakang kira.

Memberontak.

Itu aku yang dulu. Sekarang aku lebih banyak menerima. Redha. Aku malas nak cakap banyak, aku malas nak mintak lebih-lebih sebab aku tau aku jarang-jarang dapat. Aku tak suka komplen sana sini sebab aku tau aku bukan bagus. Orang yang banyak komplen tu pada aku orang yang perasan dirinya bagus. Semua orang salah, dia je la yang betul.

Tapi, itulah manusia. Kadang-kadang kita perlu menjadi hipokrit untuk menjadi orang yang disenangi ramai. Salah ke menjadi hipokrit? Hipokrit untuk menjaga hati orang, hipokrit untuk mengelakkan suasana tegang, hipokrit untuk menjaga nama baik sendiri, pada aku itu tidak salah. Aku mengaku dalam keadaan tertentu, aku pun hipokrit jugak. Siapa kat sini yang tak hipokrit? Ada ke? Bullshit!! Kita semua hipokrit ok. Cuma tahap hipkorit dan tujuan kita sahaja yang berbeza.

Kadang-kadang aku rasa penat dengan hidup nie. Banyak perkara yang sangat-sangat tak memuaskan hati aku. Tapi, siapa aku nak persoalkan semua tu? Bukankah tuhan tu maha adil. Maha Mengetahui? Makanya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Tapi, tu la, sebagai manusia kita memang jarang berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kita tamak. Selalu nak lebih. Tak tau nak menghargai. Tak reti nak bersyukur. Akhirnya apa yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran. Aku tak nak jadi macam tu. Aku dah penat mengejar, tak larat nak mengendong lagi. Lantas, apa? Lepaskan semuanya?

Kalau lah aku diberi pilihan.

nota tapak kaki:kata2 ini aku copy paste dari s'owg bloger...
saya cukup tertarik dgan kata2nye y begitu ikhlas..
renung2kan lah........

(kredit to cujen the lejen)

8 ulasan:

ain azahar berkata...

hurm...
x dinafikan hidup nieh mmg x adil..
waaa....
tolong lah i u..
cam ne nak solve my problem nieh..
adeh ai..
dilema gilos nieh...

slslash berkata...

i pown pelik u...
wawawa..
e2 ar,..
b.f u wat apa skrg nie..

cik pida berkata...

wawawawawa jgk! xp

kakyang .. berkata...

"Orang yang kita tak berapa nak pulak yang beria-ia."

~ sila berterus-terang kat owg yang awak xnak tu, supaya dia tidak beria-ia dan memalukan dirinya sndirik ..

~ kdg2 dia xtau dia yang beria-ia rupanya ..

kakyang .. berkata...

'Hipokrit untuk menjaga hati orang, hipokrit untuk mengelakkan suasana tegang ..'

kdg2, hipokrit untuk kebaikan yang kita jangka .. tapi makan diri sndiri balik ..

bila orang sudah tau hakikat ..
kepercayaan itu akan semakin hilang ..

Tanpa Nama berkata...

emm pilihan ditgn kita!!

kakyang .. berkata...

nak address blog org yang tulis n3 ni .. buleh??

slslash berkata...

kenapa kak yang terlalu mengingin kannye wawawa...