AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Isnin, Januari 12, 2009

positive thinking ..


Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF, sesungguhnya kita patut bersyukur..

  • utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , syukur krn beliau tidur di sisi kita dan bukan dengan orang lain.
  • utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, syukur krn itu bermakna mereka berada di rumah dan bukan dijalanan berpeleseran.
  • utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, syukur krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan dan rezeki.
  • utk pakaian kita yang dah tak muat , syukur krn itu bermakna kita dapat makanan yang berkhasiat.
  • utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas, syukur krn itu bermakna kita masih mempunyai tempat tinggal.
  • utk bunyi bising jiran², syukur krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
  • utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok, syukur krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  • utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , syukur krn itu bermakna kita masih berupaya dan sihat.
  • utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, syukur krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
  • utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, syukur krn itu bermakna kita masih hidup pada hari tersebut..

AND FINALLY ..

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Tiada ulasan: