AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Khamis, Januari 15, 2009

bagaimana anda tahu dia yang terbaik? ..


Memilih pasangan yang terbaik adalah memilih yang terbaik untuk diri anda dan bukannya untuk orang lain. Ingat! Anda pilih yang terbaik untuk diri. Namun, bagaimana anda tahu dia yang terbaik? Anda tahu si dia adalah terbaik dan milik anda jika :
- anda tertarik kepadanya
- dia memberi respon positif

Pertama, anda perlu rasa tertarik kepadanya sebagai seorang wanita/lelaki. Jika anda tertarik pada rupa paras tetapi bukan personalitinya, itu bukannya yang terbaik untuk anda. Itu mungkin terbaik untuk masyarakat atau rakan-rakan yang melihat.

Kedua, si dia mestilah mempunyai tarikan yang sama terhadap anda dan melayan anda sebagai wanita/lelaki. Misalnya, anda seorang wanita dan anda tertarik pada seorang lelaki yang mempunyai kerjaya, pandai berkomunikasi dan bijak membuat keputusan. Dia juga nampak sukakan anda. Namun, si dia selalu menolak untuk bertemu janji atau hanya anda yang menelefonnya. Ini bukan proses positif daripada seorang lelaki. Jika seorang lelaki mahukan anda sebagaimana anda mahukannya, dia akan memberi respon yang memikat dan tidak sabar-sabar membuat temujanji dengan anda. Begitu juga jika anda seorang lelaki. Anda harus mencari seseorang yang treats you well.

Justeru, jangan menaruh segala harapan pada seseorang yang masih memikirkan sama ada anda pilihannya atau tidak. Beri peluang kepada lelaki/wanita lain ..


(rujukan : Buku Motivasi : Bujang OK oleh Mimi Salleh)

Tiada ulasan: