AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Sabtu, September 10, 2011

indah khabar semata-mata ..

assalammualaikum sabtu ..
Syawal ke dua belas hari ni .. mood raya masih lagi menebal, kann ..
ada yg tak menang tangan nak memenuhi undangan rumah terbuka dan kenduri kahwin ..
yea dak?

ermm, nak lari daripada mood raya kejap ..
nak share ngan korang sesuatu yang terbuku di fikiran ..
tak tahulah sama ada i sorang saje yang berperasaan sedemikian ..
mungkin juga akibat kesan2 penuaan ..tsk tsk ..

lately, i terasa macam sangat berhati-hati ..
walaupun time tu i rasa sangat happy dan macam nak peluk semua orang ..
tapi hakikatnya i duduk diam tanpa berkata apa-apa ..

i bimbang kegembiraan itu akan jadi musibah di belakang hari ..
i bimbang kalo hari ini dilambung pujian mana tau esok2 kejian yang diterima ..
i bimbang setiap tindakan yg mengembirakan i akan mengundang kemarahan dan menyusahkan orang lain ..

maka i jadi seorang yang emosi tapi menyimpannya jauh ke lubuk hati ..

memandangkan hidup ini dipenuhi dengan orang lain ..
yang kita sayang, kita benci, kita rindu ..
yang biasa-biasa ..
yang tiada kena mengena ..

ada kalanya perit juga nak merasa bahagia ..




Tiada ulasan: