AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Jumaat, April 22, 2011

Doa Buat Sahabat ..

Assalammualaikum & salam sejahtera buat para sahabat kesayangan hamba ..
kemana jek korang menghabiskan rehat time solat jumaat hari ni?
shopping kompleks? tidur? tengok tv? makan2? ..
erk, pertanyaan di atas hanya untuk kaum wanita saje..
orang lelaki muslimin sila ke masjid beramai2 yea ..


hurm ..
i tertarik dengan doa yang i bace dari facebook Heliza Helmi, penyanyi cumil kesayangan kita tu ..
doa ni untuk korang semua lah ..
apa kata kita tadah tangan sama-sama ..
dan saling mendoakan sesama kita ..




HADIS:

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
  


Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali



Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, 
terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

 Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, 
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, 
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.. 

Ya Rabbul Izzati..
jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang 
menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... 
AMIN



(kredit to facebook Heliza Helmi)
 
 

Tiada ulasan: