AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Sabtu, Februari 19, 2011

sebelum berakhirnya 2010 itu - trip ke Langkawi .. *shopping kat Padang Mat Sirat ..

dikja & adam harris ..


















aritu berhenti takat cerita Underwater World kan ..
wokeh2 .. kite sambung lagi yea .. harap korang tak boring lah kann ..
kalo boring jugak, pegilah ko bermain di sana .. hahaha

destinasi seterusnya adalah pegi shopping kat Padang Mat Sirat dan melihat tempat Beras Terbakar ..
mama seronok memborong minyak & balm gamat ..
i cuma beli kain batik for souvenir ..
adam beria2 nak topi ngan spek mata hitam  .. beli dan terus pakai kat situ juga ..
bagus jugaklah sbb time tu mmg panas sangat ..
dengan kondisi dia yang tak sihat tu ..
mmg lega sngatlah dia mahu pakai topi ..
so cutelah!!




mesti dia dah nampak mainan tu .. layankan aje laa andak oii .. 
heheh


Beras Terbakar/Field of Burn Rice ..



halaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan ..



korang nak taw cerita di sebalik beras terbakar tu?
baca ni .. i copy daripada papan kenyataan kat situ jek .. hehehe

Padang beras terbakar ini terletak di halaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan, Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat, 17 km daripada Pekan Kuah ..

Semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur, Dato' Kemboja selaku ketua perang angkatan Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam. Beliau dengan segera menghantar utusan ke Padang Mat Sirat, mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk dimusnah atau dibakar.
Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpul dimasukkan ke dalam lubang ini lalu dibakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelak padi itu dirampas oleh pihak Siam, yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.
Dari peristiwa inilah, hingga sekarang masih terdapat kesan beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas di hadapan rumah Ku Halim bin Ku Hassan.  

Tiada ulasan: