AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Ahad, Oktober 25, 2009

that 'passion' ..

Selamat berhujung minggu wahai teman-teman.
Peluang untuk bermalasan di rumah yea ..

Pagi tadi saya menghabiskan jam yang kedua kelas memandu kereta dekat kaki Bukit Larut tu. Banyak improvement daripada semalam. Sepuluh tahun lalu saya dah ambik lesen kereta dan saya sia-siakannya dengan tidak memperbaharui semula lesen "P' tersebut. Sekarang saya seperti cempedak di luar pagar dan nak pi ambik galah tolong jolokkan. Heeeeee ..

Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, kenapa pada usia 23 tahun dulu saya sangat 'passion' nak buat itu ini. Sangat senang nak balance, lepas clucth dan tekan minyak pelan-pelan supaya enjin tak mati tiba-tiba. Contohnyalah. Kadang-kadang benda yang kecik macam tu pun saya susah nak buat sekarang.

Sebelum ni, ramai yang dok bising kenapa saya tak nak masuk kelas semula, ambik lesen dan bawak jek kereta tu. Kenapalah saya sanggup naik bas, kayuh basikal, jalan kaki .. berhujan berpanas sedangkan saya mampu buat semua tu .. dan saya terus menyusahkan mak bapak saya, adik-adik saya, kawan-kawan saya ..

Kalau buat graf, hidup saya seperti ini - statik, naik, naik sikit, sikit lagi, naik banyak then turun gedebukkkkkk .. kira macam saya naik ke tempat tinggi dan saya buang tangganya. Saya tak salahkan orang lain atau takdir saya melainkan sikap saya sendiri. Saya terlalu banyak memberi alasan atas apa saja tindakan saya dan alasan-alasan saya itu macam menyelamatkan saya daripada melakukan tindakbalas positif.

Saya tahu ramai yang dah giveup dengan alasan saya. Kadang-kadang kepala angin juga, pantang ditegur terus tersentap. Jadi, mereka diam-diam saja. Letih.

Umpama pepatah 'dah ler bodoh, sombong pula' ..
ermm .. sayalah tu.

Ok! enough kutuk diri sendiri. xp ..
Sekarang saya dah dapat semangat baru. Saya nak cepat-cepat dapat lesen kereta. Saya nak drive kereta Gen2 merah tu. Saya nak bawak kereta tu pegi ke mana saja saya suka.
See .. that 'passion' dah mai balik.

Manusia always ada peluang kedua, kann ..




***************************



hari tu pegi tgk wayang dengan atan.
first day opening cite ni ..



klako betui, mcm tempah panggung pulak ..
adalah dlm 5 orang yang menonton ..



Atan yang beria-ia nak tengok filem ni.
saya layankan aje.



my opinion ..
lebih baik tgk PAPADOM buat kali ketiga ..
sorry :(



2 ulasan:

cik pida berkata...

gud luck!
muga cpt3 dpt lesen P dan bwk g srjk(C) :D

kakyang .. berkata...

thanks cik pida ..
memang itulah tujuan utamanya.

terima kasih kat pakcik yang slalu dok pantau tu. jasamu dikenang.

:-*