AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Jumaat, Julai 24, 2009

Muhasabah Diri ..


Syukurlah bila hari-hari kritikal itu dah berakhir. Semua berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. Harus ada pengajaran pada diri sendiri supaya jangan suka menangguh kerja. Kerja berbulan-bulan tu nak dibuat dalam masa seminggu memang parahlah.

Banyak sungguh kelemahan. Kalau tak cuba diperbaiki akan memakan diri sendiri balik. Mungkin sudah lama berada di 'zon selesa', kesungguhan itu semakin kurang. Inginkan perubahan tetapi takut perubahan itu akan mengubah kehidupan menjadi tidak bahagia. Entahlah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Bagaimanapun, tahun ini sedikit 'luck' bila menerima anjakan gaji. Lepas ni tak perlu risaukan PTK lagi. Selesai. Harap-harap dalam masa setahun ini juga 'sangkut' dengan kenaikan pangkat jawatan baru. Untunglah kawan-kawan yang servis sudah 15 tahun boleh mohon untuk dinaikkan gred secara KUP (Khas Untuk Penyandang).

Ada kawan-kawan yang servisnya masih muda, beria-ia ambil periksa KPSL Pegawai Eksekutif. Lepas tu mengadu betapa susahnya soalan periksa. Adoyai. Naik juling biji mata baca soalan undang-undang. Insyaallah, tahun depan aku pun nak join depa menjulingkan biji mata juga. Hahaha.

Wokeh. Dah nak siap-siap pegi keja. Hari ni ada program PUSPANITA di Ipoh. Layan aje laa.

3 ulasan:

cik pida berkata...

huhuhuhu

kakyang .. berkata...

hahahah ..
hehehehe ..
hihihihi ..

nak kesan bunyik camne lagik ..

any request?

:)

cik pida berkata...

ceh kak yang!

nk request bunyi owg mkn kerepek ubi pedas boleh?? :p