AHLI MESYUARAT TINGKAP ..

Google
 

Rabu, Februari 11, 2009

Mari Membuat Roti Di Musim Kegawatan Ekonomi



Roti Kelapa Almond
resepi yg aku cilok kt myresepi...dh cuba wat, mmg mabeles! mcm kt kedai kek! adam mst suke neh! :D

Bahan-bahan ( 1 biji )
125g tepung roti (high protein)
125g tepung gandum (low protein)
50g telur
20g gula
3g garam
100g susu
50g butter
2.5g dry yeast
****
20g butter(suhu bilik)
40g gula halus
40g almond slices
20g kelapa kering (kecil dan panjang)
30g butter cair



Cara-cara
Masukkan semua bahan di atas dr yang bertanda ** ke dalam breadmaker.

Bila dah siap keluarkan, buang angin dan bentukkan bulat. Rehatkan 10 minit.

Canaikan biar jadi segiempat. Saiznya kecil siket dari dulang oven. Biarkan naik 2 kali ganda

Lepas tu cucuk-cucukkan dengan garfu dan sapukan butter(pd suhu bilik).

Taburkan almond, gula dan juga kelapa kering
Akhir sekali letaklah butter cair ke atas roti. Siap untuk dibakar. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit.
Kemudian turunkan suhu ke pada 160C. Bakar lagi selama 10 minit

Bila dah siap bolehlah potong kecil-kecil atau ikut selera masing2.
Selamat Mencuba Yerk!

2 ulasan:

kakyang .. berkata...

wah3 .. bakal menantu sapa laa nie ..
rajinnyer die ..

nak cket bulehhh??? ..

cik pida berkata...

hahahahaha kak yang, rajin ler sgt..
bawu buat 2 kali...kalo namploh kali bawu nama rajin..kui3

buleh! buleh! buleh!